TURIN 14 Feb. – Juventus dilaporkan mahu mendapatkan khidmat penyerang Liverpool, Mohamed Salah dan bersedia menawarkan Paulo Dybala dengan tambahan 50 juta euro (RM229.01 juta) bagi merealisasikan impian itu. Salah berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang bintang ternama Liga Perdana Inggeris sejak berhijrah dari Roma pada 2017. Musim lalu, bintang Mesir itu meledak 43 gol dalam semua pertandingan bersama Liverpool dan menamatkan saingan di kedudukan keempat untuk mara ke saingan Liga Juara-Juara. Bintang The Reds itu kini berkongsi kedudukan penjaring terbanyak dengan 17 gol bersama Sergio Aguero dan prestasi semasanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya