SYDNEY 9 Feb. Seorang ahli perniagaan China, Huang Xiangmo yang dikenakan larangan memasuki Australia kerana disyaki menganggotai kempen pengaruh Parti Komunis menggesa negara itu mengembalikan sumbangan politiknya.
Lapor AFP, Xiangmo yang mendapat status penduduk tetap serta menjadi penyumbang utama dua parti terbesar di Australia mendakwa beliau dilayan ‘dengan amat tidak adil’, semalam
Beliau yang juga penduduk tetap bandar ini menjadi penyumbang utama dua parti besar Australia sebelum dilarang memasuki negara itu Rabu lalu.
Xiangmo dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan kerajaan Australia membatalkan visa penduduknya dilakukan berdasarkan spekulasi semata-mata tanpa disokong sebarang bukti.
Sementara itu, agensi perisikan Australia percaya, kumpulan itu adalah penyampai untuk kempen pengaruh diwujudkan bagi memesong politik negara itu. -AGENSI











