JAKARTA 13 Feb. – Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla (JK) menyarankan bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok tidak terlibat dalam Pasukan Kempen Nasional (TKN) Jokowi-Ma’ruf. “Ahok jangan terlibat dengan mana-mana kempen,” katanya yang merupakan Ketua Dewan Pengarah TKN, semalam. Jusuf yang dipetik Tribunnews sebagai berkata, penglibatan Ahok akan memberi kesan positif kepada jumlah undian pemilih untuk Joko Widodo atau Jokowi dan Ma’ruf Amin. Namun tegas beliau, kesan negatif…