IPOH 9 Feb. – Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak menafikan dia menghalang pegawai keempat perlawanan, Abdul Halim Mohd. Ramlan untuk menggantikan pengadil, Hamdan Awang yang mengalami kejang otot dalam perlawanan Liga Super menentang Perak di Stadium Perak, semalam. Menurutnya, dia hanya berpegang kepada peraturan bahawa perlawanan tidak boleh diadili oleh pengadil dari negeri pasukan tuan rumah. Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana Abdul Halim berasal dari Perak.…










