Juara Terbuka Australia tewas mengejut - Utusan Malaysia

Juara Terbuka Australia tewas mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI 20 Feb. – Pemain No. 1 dunia, Naomi Osaka tersingkir seawal pusingan kedua di Kejohanan Dubai di sini selepas dikejutkan pemain tidak terkenal dari Perancis, Kristina Mladenovic 3-6, 3-6 awal hari ini.

Pemain dari Jepun itu yang masih segar dengan kejayaan menjuarai Terbuka Australia bulan lalu melakukan 25 kesilapan sendiri selain gagal melakukan servis dengan baik sepanjang perlawanan.

“(Servis saya) memang teruk. Saya tidak berlatih melakukannya dan ini menghantui permainan saya hari ini. Ia satu pengajaran kerana kekalahan ini menyedarkan saya yang masih muda ini bahawa masih banyak yang saya perlu pelajari,” katanya merendah diri.

Kekalahan Osaka itu pastinya mengecewakan peminat tenis di sini apatah lagi ia disertai pemain-pemain terbaik dunia yang kebanyakannya masih meneruskan cabaran.

Bagi Mladenovic, menantinya di pusingan ketiga adalah Carla Suarez Navarro. Turut mara Petra Kvitova, Simona Halep dan Elina Svitolina. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN