KUALA LUMPUR 11 Feb. – Tangkapan ikan patin seberat 11.445 kilogram (kg) menobatkan Mohamad Ibrahim, 42, sebagai juara Pertandingan Memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) di Taman Tasik Metropolitan, Kepong dekat sini, semalam. Kejayaan menewaskan lebih 800 peserta yang menyertai pertandingan itu membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000. Mohamad yang sentiasa menyertai pertandingan itu memberitahu, dia tidak pernah menyangka akan bergelar juara memandangkan ramai kaki pancing berpengalaman bersaing dalam acara itu. “Saya amat bersyukur, semua ini berkat sokongan keluarga terutamanya isteri yang selalu mendoakan kejayaan selain tidak pernah menghalang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya