GEORGE TOWN – Kehangatan bahang cuaca akibat musim panas yang berterusan memberi impak positif kepada kedai-kedai yang menjual penyaman udara atau pendingin hawa apabila tinjauan ke beberapa kedai di negeri ini menunjukkan jualan mereka meningkat sehingga 40 peratus. Pengurus Aiman Electrical Engineering, Nu’Aiman Mustaqim Mazlan, 28, berkata, cuaca panas telah menyebabkan permintaan tinggi terhadap penyaman udara sehingga beliau terpaksa menambah pekerja untuk memudahkan pemasangan alat itu di rumah pelanggan. Menurutnya, selain pelanggan yang datang ke kedainya di Kepala Batas untuk membeli pendingin hawa, ramai juga yang datang hanya untuk urusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya