KUALA LUMPUR 11 Feb. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur mengeluarkan 475 saman atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Jalan Duta menghala ke pusat bandar di sini malam tadi. Dalam operasi yang bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam itu, sebanyak 1,900 motosikal diperiksa. Pengarahnya, Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, operasi itu diadakan bagi mengesan pelbagai kesalahan dilakukan penunggang serta…