Joo Ven juara kebangsaan - Utusan Malaysia

Joo Ven juara kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven dinobat sebagai juara Kejohanan Badminton Kebangsaan di Arena Badminton Perak, hari ini.

Gelaran tersebut diraih Joo Ven selepas bekas juara remaja Asia, Leong Jun Hao menarik diri sewaktu set kedua aksi final kejohanan berkenaan.

Pemain berusia 23 tahun itu beraksi cemerlang dengan meraih kemenangan 21-13 pada set pertama dan ketika mendahului 7-1 pada set kedua, Jun Hao mengambil keputusan untuk menarik diri akibat kecederaan kaki.

Difahamkan kecederaan itu dialaminya ketika beraksi di separuh akhir menundukkan Lim Chong King, semalam.

Joo Ven mengakui sangat gembira dengan kejayaan itu namun tidak mahu segera berpuas hati kerana dia masih belum pernah meraih sebarang kejuaraan di peringkat antarabangsa.

“Memang saya gembira dan saya akan jadikan kejayaan ini sebagai perangsang untuk meraih kejayaan di peringkat antarabangsa selepas ini.

“Saya melihat peluang (kejuaraan antarabangsa) itu ada tetapi ia bergantung kepada prestasi semasa hari pertandingan dan saya akan terus berusaha untuk meraih kejayaan itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN