Jokowi tidak akan berubah jadi Inggeris - Utusan Malaysia

Jokowi tidak akan berubah jadi Inggeris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG 23 Feb. – Setiausaha Pasukan Kempen Nasional (TKN) Joko Widodo (Jokowi)-Ma’ruf Amin, Hasto Kristiyanto menegaskan Jokowi tidak akan berubah menjadi orang lain bagi menambat hati rak­yat negara ini.

Sebaliknya Hasto memberitahu, Jokowi akan terus bersama rakyat dan mendengar segala permasalahan yang dihadapi mereka serta terus berjuang memajukan Indonesia.

“Jokowi tidak akan berubah menjadi seperti orang Inggeris yang hobinya berkuda kerana calon Presiden nombor satu itu lebih gemar menaiki motor dan menunggang basikal berjumpa dengan rakyat.

“Jokowi juga akan meneruskan projek pembaikan Sungai Ciliwung dan Citarum bagi me­ningkatkan kemajuan ekonomi serta sosial di negara ini,” katanya seperti dilaporkan Detik News.

Hasto berkata demikian ketika mengadakan lawatan di sini dan bertemu dengan para karyawan serta budayawan.

Selain itu, Hasto juga me­yakinkan golongan tersebut supaya terus menyokong Jokowi kerana beliau yakin Presiden Indonesia itu mampu mentadbir negara ini dengan baik.

Dalam pada itu, seniman Indonesia, Budi Dalton me­nyatakan bahawa calon-calon pilihan raya Presiden 2019 perlu meneliti beberapa isu melibatkan sektor kebudayaan dan seni.

Jelasnya, hal itu penting bagi memastikan kebudayaan dan kesenian asli Indonesia dapat dipelihara untuk menjadi tatapan generasi akan datang.

“Semua dasar politik, ekonomi yang ada ketika ini berasal daripada budaya dan sehubu­ngan itu, kita perlu memelihara peradaban budaya supaya tidak lenyap.

“Saya juga berharap satu kementerian khas diwujudkan bagi menjaga hal ehwal berkaitan kebudayaan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN