SURABAYA – Presiden Indonesia, Joko Widodo yang akan mempertahankan jawatannya pada Pilihan Raya Presiden 2019 memberi jaminan mendokong kebebasan media di negara itu. “Pemerintah menjamin prinsip kemerdekaan media serta kebebasan berpendapat yang dipandu tanggungjawab moral dan kebebasan yang beretika,” katanya ketika berucap pada Hari Pers Nasional (HPN) 2019 di sini. Joko Widodo atau lebih popular dengan panggilan Jokowi menyatakan 63 peratus orang awam percaya pada maklumat yang disiarkan media konvensional…










