SHAH ALAM 11 Feb.- Saksi pertama dalam prosiding inkues bagi menentukan status kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim mendedahkan dia melihat jentera bomba Fire Rescue Tender (FRT) yang tiba untuk memadam kebakaran sebuah kereta di Kuil Sri Maha Mariamman USJ Subang telah diserang dengan objek keras. Deputi Superitenden Mohammad Nasir Drahman, yang juga Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dalam Mahkamah Koroner berkata, dia…