Jenazah Siti Masitah dituntut keluarga - Utusan Malaysia

Jenazah Siti Masitah dituntut keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 18 Feb. – Jenazah Siti Masitah Ibrahim, 11, kanak-kanak berketurunan Kemboja yang mati dibunuh di Kampung Tanjung Medang Kemahang di Pekan, dekat sini dituntut ibunya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Ibunya, Solihah Abdullah, 35, yang ditemui pemberita berkata, dia bersyukur kerana telah lama menunggu untuk membawa pulang jenazah Siti Masitah bagi tujuan pengkebumian.

“Alhamdulillah, sudah lama kami menunggu untuk bawa pulang jenazah Siti Masitah.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan malam ini,” katanya yang mengalirkan air mata ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik HTAA di sini hari ini.

Pada 9 Februari lalu, mayat Siti Masitah ditemui di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan dalam keadaan menyayat hati apabila beberapa anggota badan termasuk kepalanya terpisah daripada tubuh.

Siti Masitah dilaporkan hilang kira-kira pukul 6.30 petang, 30 Januari lalu selepas keluar menunggang basikal dan ibunya membuat laporan polis pada pukul 11 malam hari yang sama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN