Jenazah lima sekeluarga dikebumi dalam satu liang lahad - Utusan Malaysia

Jenazah lima sekeluarga dikebumi dalam satu liang lahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 9 Feb. – Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit awal pagi tadi selamat dikebumikan di Kampung Durian Mas di sini kira-kira pukul 5 petang ini.

Jenazah pasangan suami isteri, Mohd. Khairulinzam Jusoh, 38, dan Nur Syaazlien Syarizam Salleh, 21, bersama anak mereka berusia lapan bulan, Nur Khaira Aisyah Mohd. Khairulinzam dan adik kepada Nur Syaazlien Syarizam, Muhammad Nashrullah, 5, serta ibunya, Rozilawati Mustafa@Razali, 43, dikebumikan dalam satu liang lahad.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang dihadiri kira-kira 300 ahli keluarga, saudara mara dan penduduk kampung.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Jalan Pusara.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, kereta proton Wira yang dinaiki enam beranak berkenaan dipercayai terbabas dan melanggar pokok di seberang jalan.

Difahamkan mangsa bersama sebuah kenderaan lain dalam perjalanan pulang selepas menghadiri kenduri kahwin di Kota Bharu, Kelantan.

Sementara itu seorang lagi anak pasangan suami isteri berkenaan, Muhammad Khairul Haziq Abdul Hadi, 5, yang parah masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×