KUALA TERENGGANU 9 Feb. – Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit awal pagi tadi selamat dikebumikan di Kampung Durian Mas di sini kira-kira pukul 5 petang ini. Jenazah pasangan suami isteri, Mohd. Khairulinzam Jusoh, 38, dan Nur Syaazlien Syarizam Salleh, 21, bersama anak mereka berusia lapan bulan, Nur Khaira Aisyah Mohd. Khairulinzam dan adik kepada Nur Syaazlien Syarizam, Muhammad Nashrullah, 5, serta ibunya,…










