Jelajah KUB kumpul maklum balas, idea usahawan seluruh negara - Utusan Malaysia

Jelajah KUB kumpul maklum balas, idea usahawan seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 23 Feb. – Kementerian Pembangunan Usahawan telah mengumpul maklum balas, mendengar rintihan dan sumbangan idea dalam siri jelajah Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera (KUB) ke seluruh negara sejak September tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, jelajah berkenaan telah singgah di 12 lokasi membabitkan semua negeri yang berakhir di sini hari ini.

“Adalah terlalu awal untuk mengukur hasil sebenar jelajah ini tetapi kita telah mendapatkan banyak maklumat daripada progam ini.

“Kita akan mengadakan sesi jelajah ini sekali lagi untuk mendapatkan maklum balas langsung terutamanya daripada peserta yang mengemukakan persoalan tertentu sama ada masalah mereka telah dapat diselesaikan atau sebaliknya,” katanya kepada para pemberita selepas merasmikan KUB di sini hari ini. 

Lebih 600 orang usahawan daripada pelbagai sektor di negeri ini menghadiri konvensyen berkenaan.

Yang turut hadir, Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Hatta Ramli; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek dan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi.

Mohd. Redzuan berkata, beliau gembira kerana terdapat peningkatan dalam sumbangan para usahawan terutamanya industri kecil dan sederhana (IKS) kepada ekonomi negara.

Jelasnya, terdapat contoh usahawan yang telah meneroka idea baharu selain melebarkan sayap bersedia memasuki pasaran baharu.

“Hari ini, lebih 300 usahawan telah bersiap sedia mengeksport atau mempamerkan produk mereka menjelang berlangsungnya sukan Olimpik di Jepun pada 2020,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN