Jaringan lewat Sane dan Sterling bantu City - Utusan Malaysia

Jaringan lewat Sane dan Sterling bantu City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Feb. – Jaringan lewat Leroy Sane dan Raheem Sterling membantu Manchester City meraih kemenangan 3-2 ke atas Schalke 04 dalam aksi pusingan 16 akhir pertama Liga Juara-Juara di Veltins Arena, Jerman, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut gol awal dijaringkan oleh penyerang City, Sergio Aguero pada minit ke-18 sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit ke-38 hasil sepakan penalti daripada Nabil Bentaleb.

Sebelum tamat separuh masa pertama Bentaleb sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45 untuk mendahului kedudukan 2-1.

Pada minit ke-85, Sane berjaya menambah jaringan buat City sebelum Sterling mengesahkan kemenangan buat pasukannya pada minit ke-90 hasil rembatan kencang selepas memanfaatkan hantaran daripada Ederson.

Satu kad merah diraih City dalam perlawanan tersebut yang menyaksikan pemain Nicolas Otamendi di arah keluar padang pada minit ke-68. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN