Janji dan janji lagi - Utusan Malaysia

Janji dan janji lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUHU kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Semenyih yang genap seminggu hari ini semakin hangat dengan janji calon untuk menyelesaikan isu rakyat di kawasan itu serta-merta.

Mungkin terdesak atau benar-benar ikhlas, janji itu diungkapkan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali, 30, di hadapan penduduk di Batu 26, Beranang semalam.

Sama ada tidak sedar atau belajar daripada kesilapan pemimpin senior PH lain semasa berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, Muhammad Aiman meletakkan dirinya dalam risiko dihukum oleh rakyat yang ketika ini berang ke­rana kerajaan hari ini gagal menunaikan manifesto mereka.

Kalau terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Jangan nanti akhirnya keluar pula cerita ‘Aiman tak kisah’ kalau sudah menang nanti.

Namun jika ditakdirkan Muhammad Aiman menang, penduduk Semenyih sila tuntut janji ini:

1. Masalah kekerapan ketiadaan air akibat paip lama sering rosak dan tidak diganti di Kampung Sentosa.

2. Jalan tidak berturap sepanjang lebih 500 meter di lorong Datuk Dagang Hj. Tahir, Kampung Sesapan Kelubi, Beranang.

3. Derita penduduk yang terpaksa menghidu habuk dan debu dari tapak pembinaan kilang di hadapan rumah di lorong Datuk Dagang Hj. Tahir, Kampung Sesapan Kelubi, Beranang.

4. Deretan rumah kedai tiga tingkat di Jalan Kesuma 3/7, Bandar Tasik Kesuma yang kelihatan usang dan seolah-olah terbengkalai menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk di sekitar kawasan itu.

5. Terminal Bas Semenyih Sentral yang terbengkalai.

6. Pembinaan Hospital Semenyih kerana kepadatan penduduk dan Klinik Kesihatan yang sering sesak selain Hospital Kajang yang terdekat juga tidak munasabah untuk menampung jumlah pesakit di kawasan Parlimen Hulu Langat.

Cukup enam isu dan masalah untuk Muhammad Aiman ingat. Kalau letak banyak-banyak, nanti ba­nyak pula yang terlupa.

Muhammad Aiman pula jangan sibuk siasat, “Oh, projek itu sejak daripada zaman BN”, kerana sepanjang 10 tahun PH meme­rintah Selangor duduk diam sahajakah?

Bukan apa, kalau janji di peringkat nasional untuk tangguh dan mansuh hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pun boleh ber­ubah, apatah lagi janji di peringkat DUN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN