Jangan jadi seperti Liverpool - Solskjaer - Utusan Malaysia

Jangan jadi seperti Liverpool – Solskjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Feb. – Ole Gunnar Solskjaer memberi amaran kepada Manchester United bahawa mereka tidak boleh tunggu terlalu lama untuk menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris atau mereka akan menerima nasib yang sama seperti Liverpool.

Liverpool tidak pernah menjulang sebarang kejuaraan domestik sejak bermulanya era Liga Perdana dan kali terakhir mereka menjadi juara ialah pada 1990.

Dalam tempoh 29 tahun itu, The Reds hampir merangkul kejuaraan itu namun dipintas Manchester City pada saat-saat akhir pada musim 2013/14.

Memuatkan artikel berkaitan…

United pula mendominasi kejuaraan itu sejak 1992 namun juara Liga Perdana Inggeris 13 kali itu juga gagal menjulang trofi itu sejak Sir Alex Ferguson meninggalkan kelab itu pada 2012/13.

Solskjaer berkata, United perlu bangkit dalam saingan domestik dan jangan melihat kedudukan empat terbaik sebagai kejayaan besar.

“Tahun ini persaingan cukup sengit, pengakhirannya dijangka cukup dramatik.

“Sukar untuk menjuarai liga di sini. Mungkin ini adalah liga paling sukar untuk menang, apabila dilihat, hanya ada lima atau enam pasukan sahaja pernah menjadi juara Liga Perdana Inggeris.

“Leicester berjaya – satu keajaiban – sebelum ini Blackburn pernah menjari juara tetapi hanya beberapa kelab besar sahaja pernah menang.

“Saya pasti Liverpool berada dalam tekanan pada setiap musim tetapi kami juga perlu ingat bahawa kami juga sudah lama tidak menjadi juara,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×