ALOR SETAR – Semua pihak termasuk imam diingatkan supaya tidak menjadikan masjid sebagai gelanggang politik yang dilihat boleh mencemarkan kesucian rumah ibadah itu, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. Beliau berkata, masjid adalah tempat untuk menyatukan ummah serta menyebarkan kebaikan sekaligus perlu dihormati dengan tidak menjadikannya sebagai medan memecahbelahkan perpaduan masyarakat. “Semua pihak perlu menghormati perbezaan pendapat termasuklah perbezaan politik dan perbezaan itu tidak seharusnya dibawa masuk ke dalam masjid. Saya harap masjid tidak disalahgunakan untuk kepentingan diri sendiri dan pihak tertentu serta tidak menjadikan alasan ingin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya