Jangan bandingkan kebolehan anak dengan yang lain - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Jangan bandingkan kebolehan anak dengan yang lain – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 20 Feb. – Janganlah membanding-bandingkan kebolehan atau kelemahan anak-anak dengan orang lain.


Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.


Memang tujuannya mungkin bagi mendorong atau memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali mereka menyalahtafsirkan tujuan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…


Sekiranya perbandingan itu di antara adik-beradik, maka akan ‘subur’ perasaan cemburu dan iri hati dalam diri mereka dan sekiranya dengan orang lain, mereka berkemungkinan akan mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.


Demikian titah nasihat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat melancarkan kempen ‘Op Sifar Cicir Sekolah’ anjuran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) peringkat Kolej Vokasional Arau, SRK Kubang Gajah dan SRK Arau yang diadakan di Masjid Muhammadiah Kg Guar Gajah, Arau.


Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.


Turut serta dalam program pada kali ini ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Kanada ke Malaysia, Julia G. Bentley yang diiringi Pegawai Perhubungan Awam dan Politik pejabat beliau di Kuala Lumpur, S.R. Dayalan.


Majlis tersebut disekalikan dengan program kayuhan ‘MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf’ Bilangan ke-13 bagi tahun 2019 yang melibatkan kehadiran 250 asnaf terpilih menerima sumbangan agihan zakat MAIPs sebanyak RM600 setiap seorang.


Di akhir program, Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs turut berkenan singgah merasmikan Projek Peningkatan Sosio Ekonomi Asnaf MAIPs berupa kedai makan ‘Restoran Jasni’ yang diusahakan oleh Jasni Saad (0175454336).

Perniagaan beliau mula beroperasi sejak 2011 di alamat Batu 1/2 Jalan Padang Nyu, Arau dan pernah mendapat bantuan modal daripada MAIPs sebanyak RM 2,000 sebelum ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini