Isu salah cakap: Aiman akui tidak terkesan - Utusan Malaysia

Isu salah cakap: Aiman akui tidak terkesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 23 Feb. – Calon Pakatan Harapan (PH), Muhamnad Aiman Zainali mengakui dirinya tidak terkesan dengan cercaan warganet berhubung isu tersalah cakapnya dalam ceramah kempen yang dijalankan di Pusat Daerah Mengundi Batu 26, Beranang, kelmarin.

Katanya yang juga Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Langat, kejadian itu sebenarnya hanya menunjukkan dirinya yang begitu bersemangat untuk membantu rakyat.

Selain itu, katanya, beliau juga berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh.

“Itu menunjukkan semangat saya. Apabila menang, hari seterusnya saya akan turun, saya akan bantu rakyat. Saya akan selesaikan masalah-masalah yang ada di Semenyih ini. Itu maksudnya.

“Ini menunjukkan kesungguhan saya. Saya tidak terkesan dan itu adalah janji saya untuk bekerja bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sembang Mesra Bersama Penduduk Taman Pelangi Semenyih di sini hari ini.

Tetamu kenamaan pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. 

Turut hadir ialah Pengerusi Bersatu Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Menteri Besar Kedah dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar.

Muhammad Aiman ditanya mengenai kesilapannya yang mengeluarkan kenyataan bahawa hari ini menang, esok selesai semua masalah penduduk dalam ceramah kempen PH di Batu 26, Beranang,kelmarin.

Malah, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengakui kesilapan yang dilakukan calon itu dan ia masih boleh diperbetulkan.

Tambah Muhammad Aiman, beliau juga ada dinasihatkan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan selepas ini.

Beliau dinasihatkan menggunakan perkataan yang sesuai, difahami dan tidak mudah disalah tafsir oleh orang lain. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN