Isteri tak sanggup lihat video suami terbakar - Utusan Malaysia

Isteri tak sanggup lihat video suami terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM 23 Feb. – Isteri kepada pemandu lori tangki minyak yang mati terbakar dalam kemalangan di Kilometer 372 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara hari ini, meminta supaya video kematian suaminya yang ditularkan itu dihentikan.

Khatijah Abdul Karim, 36, berkata, dia mengetahui kewujudan video tersebut apabila dikongsi oleh adiknya menerusi kumpulan WhatsApp.

“Saya sempat melihat video itu. Sedih tengok keadaannya ketika itu.

“Tolong jangan sebarkan video suami saya itu lagi. Tidak sanggup saya dan ahli keluarga melihatnya,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Slim River di sini hari ini.

Khatijah yang difahamkan sedang mengandungkan anak keempat selama tujuh bulan, hadir bersama tiga orang anaknya bagi melakukan pengecaman mayat sebelum bedah siasat dijalankan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN