Israel sekat wang cukai Palestin - Utusan Malaysia

Israel sekat wang cukai Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 18 Feb. – Israel memutuskan untuk menyekat pemindahan wang cukai bernilai AS$138 juta (RM562.6 juta) kepada Palestin, yang digunakan untuk membayar tahanan dipenjarakan di Israel.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, jumlah itu sama dengan apa yang dibayar oleh Palestin pada tahun lalu kepada ‘tahanan, keluarga tahanan dan tahanan yang dibebaskan’.

Israel mendakwa pembayaran menggalakkan lagi keganasan yang dicetuskan oleh penduduk Palestin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN