PUTRAJAYA 8 Feb. – Kerajaan mungkin akan melaksanakan intervensi bagi memastikan skim simpanan persaraan rakyat dapat diperkukuhkan untuk jangka masa panjang. AMIRUDDIN Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, skim dan polisi institusi kewangan berkaitan pelan persaraan serta simpanan rakyat juga akan dilihat semula apabila Malaysia mencapai status negara tua menjelang 2030. “Kajian daripada Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) menunjukkan terlalu ramai rakyat yang tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi sekiranya…










