STATISTIK yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters mendapati, terdapat lebih daripada 1,000 kematian dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat (AS) sejak tahun 2000 disebabkan oleh penggunaan senjata renjatan elektrik berkabel oleh anggota keselamatan di negara tersebut. Pada masa sama, Amnesty International iaitu sebuah organisasi bukan kerajaan mengenai hak asasi manusia berpangkalan di London, England menunjukkan, berpuluh-puluh kecederaan serius dilaporkan berlaku akibat penggunaan senjata renjatan elektrik berkabel jenis Taser X-26 yang…










