Inkues Adib: Saksi nampak tunang hantar pesanan - Utusan Malaysia

Inkues Adib: Saksi nampak tunang hantar pesanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tunang kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, Nurul Najihah Radzi sempat mengirimkan pesanan melalui Whatsapp ketika saksi kesembilan sedang membawa anggota bomba itu ke hospital.

R. Naresh, 30, berkata, ketika itu, dia berada di bucket pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm bersama anggota bomba itu semasa dalam perjalanan ke hospital.

“Masa itu, ada beberapa panggilan masuk di telefon anggota bomba itu dan saya menjawab pada panggilan ketiga daripada Penguasa Bomba Azrul.

“Selang beberapa minit dalam pukul 1.30 pagi, ada pesanan mesej masuk daripada tunang anggota bomba itu yang bertanyakan, B di mana…Buat apa?,” katanya.

Katanya ketika memberi keterangan pada prosiding hari keenam inkues kematian anggota bomba itu dihadapan Koroner Rofiah Mohamad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN