Ikonik Chanel, Karl Lagerfeld meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ikonik Chanel, Karl Lagerfeld meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Dunia fesyen meratapi pemergian pereka fesyen legenda, Karl Lagerfeld yang menguasai industri tersebut selama separuh abad.

Rumah fesyen ikonik Perancis, Chanel yang di­terajui oleh mendiang selama hampir empat dekad, mengesahkan kematian Lagerfeld kelmarin.

Bagaimanapun, spekulasi mengenai keadaan kesihatan pereka fesyen berusia 85 tahun itu yang merosot, tersebar sejak beliau tidak menghadiri minggu fesyen haute couture Chanel di Paris bulan lalu.

Chanel memberikan alasan bahawa Lagerfeld ‘kepenatan’.

Dikenali dengan gelaran ‘Kaiser’ atau Raja, Lagerfeld masih mampu mengatasi pereka-pereka muda walaupun pada usia 80-an dengan menampilkan koleksi busana dari musim ke musim untuk Fendi dan jenamanya sendiri di samping Chanel.

Sementara itu, sahabat karib mendiang iaitu bekas supermodel, Linda Evangelista berkata, dia amat bersedih kerana ‘kehilangan orang tersayang’ dalam hidupnya.

Menurut Chanel, empayar rumah fesyen bernilai AS$20 bilion (RM81.3 bilion) itu telah diserahkan kepada orang kanan mendiang, Virgine Viard. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN