KUALA LUMPUR 8 Feb. – Ketika ada dalam kalangan kepemimpinan DAP lantang mengkritik Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya yang didakwa menggunakan kelayakan akademik ‘palsu’, tanpa disedari salah seorang wakil rakyat DAP juga terpalit dengan isu serupa. Perkara itu dibangkitkan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mendakwa kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Akamai, Amerika Syarikat…










