Icardi tidak mahu tinggalkan Inter - Utusan Malaysia

Icardi tidak mahu tinggalkan Inter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 18 Feb. – Mauro Icardi tidak berhasrat untuk meninggalkan Inter Milan pada penghujung musim ini, kata ejen yang juga isterinya, Wanda Nara.

Nara memberitahu, Icardi kini berada dalam keadaan tertekan kerana kehilangan status sebagai kapten pasukan.

Icardi kehilangan status kapten kepada penjaga gawang, Samir Handanovic, Rabu lalu dan perkara itu menimbulkan spekulasi berhubung masa depannya bersama kelab Serie A itu.

Pemain berusia 25 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, Manchester United dan Barcelona namun masih memiliki baki kontrak hingga 2021.

Dia juga tidak berada dalam senarai pemain untuk aksi menentang Rapid Vienna dalam saingan Liga Europa selain tidak beraksi semasa Inter menang 2-1 ke atas Sampdoria.

“Ada sesetengah berpendapat, lilitan kapten tidak memberi sebarang makna tetapi bagi Mauro ia seperti kehilangan kaki.

“Dia menyarung jersi pasukan dengan penuh kebanggaan, jika dia diberikan pilihan antara wang atau jersi pasukan, dia akan memilih jersi pasukan.

“Saya sentiasa berhubung dengan Inter tetapi saya hanya mengetahui insiden lilitan kapten ini daripada laman Twitter.

“Saya bertemu dengan pengurusan tertinggi kelab selama tiga jam tetapi mereka tidak bercakap apa-apa mengenai hal ini.

“Mauro menjaringkan 120 gol dengan jersi ini dan apabila semua hilang keyakinan, dia akan menjadi orang pertama menghubungi semua pemain untuk kembali beraksi kerana dia sentiasa mempercayai Inter,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN