Ibu suap anak remaja makan di kafe siber - Utusan Malaysia

Ibu suap anak remaja makan di kafe siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALAYAN, Filipina – Seorang ibu terpaksa membawa dan menyuap makanan kepada seorang anak lelakinya, Carlito Garcia di sebuah kafe siber di wilayah Nueva Ecija ekoran remaja berkenaan enggan berhenti daripada bermain permainan komputer.

Garcia, 13, dilaporkan pernah ponteng sekolah dan sanggup bermain permainan komputer Rules of Survival selama 48 jam tanpa henti di sebuah kafe siber di wilayah itu.

Wanita itu, Lilybeth Marvel, 37, mengakui dia berasa bimbang jika anaknya tidak menjamah sebarang makanan berkhasiat disebabkan ketagih bermain permainan itu yang berlarutan sejak dua tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia juga menghantar sarapan pagi dari rumah untuk anaknya di kafe siber tersebut.

“Saya mahu dia berasa bahawa apa jua berlaku dalam kehidupannya, saya sebagai ibu tetap menyayangi dan menjaga dia,” kata Marvel baru-baru ini.

Marvel bekerja sebagai tukang urut manakala suaminya bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Mereka menghentikan persekolahan Garcia sebagai usaha untuk menangani ketagihannya tetapi gagal melakukannya.

Ibunya kini meminta bantuan netizen untuk menangani masalah Garcia itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×