KUALA LUMPUR – Ibu kepada bekas Ahli Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Aminah Abdullah memfailkan saman terhadap dua cucunya berhubung dakwaan gagal memasukkan syer tiga buah syarikat lebih RM1 bilion dalam senarai aset harta pusaka si mati. Aminah, 85, selaku plaintif memfailkan saman itu melalui firma Tetuan Wan Marican, Hamzah & Shaik pada 3 Januari lalu dengan menamakan anak sulung Allahyarham, Nur Anis, 34, dan Ikwan Hafiz, 32,…