Ibu bapa ditegur tidak beri sokongan PIBG - Utusan Malaysia

Ibu bapa ditegur tidak beri sokongan PIBG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 23 Feb. – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian menegur sikap sesetengah ibu bapa yang tidak memberi sokongan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam pelbagai aktiviti termasuk apabila dipanggil menghadiri mesyuarat.

Teguran tersebut dibuat kerana beliau melihat sudah menjadi satu budaya yang kurang sihat selain ibu bapa juga perlu mengambil tahu kemajuan pendidikan anak-anak di sekolah dan bukan menjadi tugas guru sahaja.

“Kalau prestasi pelajar dan sekolah tidak capai tahap yang sewajarnya, ibu bapa juga yang akan complaint sedangkan mereka juga tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dan PIBG apabila diminta berbuat demikian.

“Jadi, kena tegurlah sebab dah jadi budaya kurang sihat dan saya berharap keadaan itu akan berubah,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Impian Emas di sini sebentar tadi.

Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas berkata, kerjasama kedua-dua pihak itu perlu kerana berada pada zaman globalisasi dengan dunia tanpa sepadan di mana setiap pelajar sering bersaing untuk mendapatkan ilmu.

Menurutnya, untuk mendapat pendidikan yang baik, sokongan bukan sahaja datang daripada guru tetapi juga ibu bapa.

“PIBG juga menjadi tempat untuk ibu bapa dan guru berbincang bukan sahaja bagi meningkatkan pelbagai aspek pembelajaran anak masing-masing tetapi pada masa sama, mencari cara mengumpul dana aktiviti sekolah dan pelajar,” katanya. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN