DASAWARSA ini manusia semakin laju dan maju menongkah kehidupan. Kecanggihan media yang berjaya mengasimilasikan sosial dan budaya dilihat mendominasi landskap hidup serta interaksi sesama manusia. Menghadiri kenduri di kampung halaman saat libur panjang baru-baru ini menjentik kerisauan. Anak-anak tidak lagi menyapa mesra sepupu mereka. Semua mata tertumpu hadapan skrin gajet pintar yang ternyata telah berjaya ‘menghilangkan’ kepintaran komunikasi berkesan. Ibu bapa juga tidak kurang hebatnya. Sambil tangan kanan menyuapkan makanan,…










