KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kerajaan komited untuk menggubal beberapa peruntukan membabitkan kesalahan isu kebencian agama dan perkauman di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, perkara tersebut dilihat perlu bagi memastikan isu penghinaan melibatkan agama dan kaum boleh diatasi secara menyeluruh. Bagaimanapun, kata beliau, perkara itu masih dalam peringkat perbincangan dasar yang akan dibawa ke Kabinet terlebih dahulu sebelum dibentang dalam Parlimen pada…










