JELEBU 17 Feb. – Seekor harimau kumbang yang dikatakan membaham ternakan penduduk di Kampung Geylang, Simpang Pertang dekat sini, akhirnya memasuki perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, malam tadi. Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun berkata, haiwan itu memasuki perangkap besi yang dipasang di kawasan kampung tersebut sejak dua minggu lalu kira-kira pukul 10 malam tadi. Beliau berkata, pihaknya menggunakan umpan seekor kambing hidup…










