Hari Tanpa Kenderaan MDHS Sabtu ini - Utusan Malaysia

Hari Tanpa Kenderaan MDHS Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Feb. – Orang ramai dijemput memeriahkan Program Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) di Tapak Pasar Malam, Jalan Orkid Bukit Sentosa Sabtu ini.

POSTER penganjuran Hari Tanpa Kenderaan MDHS

MDHS dalam satu kenyataan berkata, program yang bermula dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya canting batik, berbasikal, menunggang beca dan larian santai sejauh satu kilometer (km)

“Sebanyak 500 pengunjung terawal akan menerima hadiah misteri manakala 500 kanak-kanak pula akan menerima ang pow sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Pengunjung juga berpeluang melawat kaunter pameran perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan swasta,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Jabatan Pembangunan Masyarakat di talian 03-6064 1155.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN