PARIS 27 Feb. – Kajian jejak global penyakit di bawah 15 tahun menunjukkan kira-kira 45 peratus kanak-kanak menghidap kanser tidak didiagnosis dan dirawat. Menurut jurnal perubatan di The Lancet Oncology, terdapat kira-kira 400,000 kes baharu kanak-kanak menghidap kanser setiap tahun di seluruh dunia namun hampir separuh tidak direkodkan dalam pendaftaran kesihatan nasional. “Pesakit hampir pasti akan mati walaupun kanser tidak akan disenaraikan dalam sijil kematian,” kata saintis di Badan Penyelidikan…










