PUTRAJAYA 12 Feb.- Hala Tuju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2019-2020 yang akan dilancarkan pada Khamis ini memberi fokus kepada jaminan keselamatan makanan negara dan meningkatkan pendapatan sektor pertanian. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, dua fokus itu menjadi agenda utama kerana perlu diberikan pembaharuan selepas pemerhatiannya dalam tempoh sembilan bulan mengemudi kementerian terbabit. Beliau berkata, selain dua fokus utama itu, hala tuju yang akan…