KUALA LUMPUR 6 Feb. – Penyerang skuad kebangsaan Bawah 19 tahun, Hadi Fayadh Abdul Razak memulakan aksi cemerlang bersama Fagiano Okayama apabila menjaringkan satu gol dalam aksi persahabatan menentang Universiti Kansai Fukushi di Osaka, Jepun, baru-baru ini. Lebih manis, pemain pertama negara yang beraksi dalam Liga Profesional Jepun II itu turut membantu rakan sepasukan menjaringkan satu lagi gol yang menyaksikan pasukannya menang 3-0, Khamis lalu. Hadi turut beraksi dengan baik sepanjang tempoh permainan meskipun dalam cuaca hujan dan suhu serendah 3 darjah celcius. Jaringan tersebut merupakan gol pertama Hadi di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya