Guru warga China dera budak tadika - Utusan Malaysia

Guru warga China dera budak tadika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM 22 Feb. – Sebuah kamera yang disembunyikan di sebuah tadika di Italy berjaya mengesan perbuatan kejam dua orang guru warga China memukul, menendang dan mengheret kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Daily Mail melaporkan, Zheng Moli, 38, dan Hong Pingping, 26, dikatakan mendera kanak-kanak berumur antara tiga hingga enam tahun sebanyak 41 kali pada bulan lepas sahaja berdasarkan rakaman kamera yang dipasang pihak polis.

Moli yang mempunyai ijazah pendidikan di China mendakwa kaedah ‘mengajar’ seperti itu adalah perkara biasa di negara asalnya dan tiada sesiapa yang memberitahunya untuk memukul kanak-kanak dengan rotan di Itali.

Wanita itu juga dikatakan berkata, tujuannya menggunakan rotan tersebut adalah untuk menarik perhatian kanak-kanak di tadika berkenaan.

Kedua-dua guru wanita itu yang bekerja di sebuah tadika di China Town di Prato ditangkap pada 31 Januari lalu dan kini didakwa di mahkamah.

Kebanyakan kanak-kanak yang menjadi mangsa adalah keturunan Cina. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN