LONDON 2 Feb. – Jurgen Klopp mengesahkan bahawa Joe Gomez tidak dapat kembali cergas sepenuhnya untuk bersama Liverpool dalam aksi pertama pusingan 16 akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 19 Februari ini. Ketiadaan Gomez dan Van Dijk yang digantung perlawanan untuk berdepan Bayern pada 19 Februari pastinya menyukarkan Liverpool di bahagian pertahanan. Gomez yang sering digandingkan bersama Virgil van Dijk mengalami kecederaan ketika Liverpool menentang Burnley pada 5 Disember…










