Giggs saran United beri jawatan tetap kepada Solksjaer - Utusan Malaysia

Giggs saran United beri jawatan tetap kepada Solksjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 18 Feb. – Legenda Manchester United, Ryan Giggs menyifatkan Ole Gunnar Solskjaer wajar diberikan jawatan tetap di Old Trafford.

Solskjaer dilantik sebagai pengendali sementara hingga penghujung musim ini bagi menggantikan Jose Mourinho yang dipecat Disember lalu dan dia dilihat sebagai pilihan utama untuk terus meremajakan pasukan itu.

United hanya tewas sekali dalam 12 perlawanan di bawah Solskjaer dengan rekod 10 kemenangan dan kini berada di kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino dipercayai menjadi pilihan utama untuk jawatan pengurus di United tetapi Giggs menyatakan sokongannya kepada Solksjaer untuk jawatan penting di Old Trafford itu terutama selepas mereka memecat Mourinho, Louis van Gaal dan David Moyes.

“Saya setuju jika Solksjaer dilantik. Kami sudah banyak melakukan kesilapan sebelum ini.

“Apabila awak ada seseorang yang cukup tahu mengenai kelab, tahu mengenai taktikal, menerima sokongan pemain dan penyokong, ia memberikan awak momentum

“Laluan bagaimanapun tidak mudah tetapi kebanyakan penyokong membayangkan banyak perkara yang boleh dilakukan.

“Ole melakukan kerjanya dengan baik. Saya sentiasa berhubung dengannya dan dia memberikan kebebasan kepada pemain dan berjaya menerapkan taktikal berkesan. Keyakinannya sangat tinggi dan dia berjaya membuatkan semua orang tersenyum,” kata Giggs-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN