Gesa tindakan segera terhadap penghina Nabi Muhammad - Utusan Malaysia

Gesa tindakan segera terhadap penghina Nabi Muhammad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Pergerakan Pemuda UMNO mendesak agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak segera terhadap pemilik Facebook ‘Foo Sing Wei’ yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pemilik Facebook tersebut secara biadab telah menghina agama Islam dan Nabi Muhammad melalui beberapa status yang dimuatnaik beliau.

Dr. Asyraf Wajdi mendakwa, seperti terdapat dua piawaian yang berbeza diguna pakai dalam mengambil tindakan terhadap individu yang bersifat rasis dan menghina agama di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semacam ada dua piawai yang berbeza diguna pakai. Apabila orang Melayu Islam dituduh rasis begitu pantas sekali tindakan diambil.

“Sedangkan beberapa kes sebelum ini yang menyaksikan kebiadaban segelintir individu seperti Foo Sing Wei ini begitu lambat tindakan diambil walaupun berpuluh laporan polis dibuat,” kata Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan.

Asyraf Wajdi berkata, Pemuda UMNO berharap tidak ada sikap pilih kasih terhadap individu yang memainkan sentimen perkauman dan penghinaan terhadap mana-mana agama.

Menurut beliau, rakyat hakikatnya merindui zaman kegemilangan Malaysia yang cukup harmonis dalam kepelbagaian agama dan kaum.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×