Gempa bumi sederhana landa barat daya Sumatera - Utusan Malaysia

Gempa bumi sederhana landa barat daya Sumatera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada pukul 2.46 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, pusat gempa itu terletak kira-kira 327 kilometer (km) selatan dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 10km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berasingan melaporkan satu lagi gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Ritcher berlaku di utara Laut Maluku pada 8.10 pagi ini.

Pusat gempa itu terletak kira-kira 127km barat dari Ternate, Indonesia dengan kedalaman 10km.

Bagaimanapun, gempa itu juga tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN