JAKARTA 19 Feb. – Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan kawasan tenggara daerah Malang, Jawa Timur awal pagi ini. Gempa berpusat di 159 kilometer tenggara daerah Malang itu berlaku pada 2.30 pagi waktu tempatan. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasakan di Lumajang, Karangkates, Kuta, Nusa Dua dan Malang. Tiada ancaman tsunami dikeluarkan. Setakat ini, belum ada laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk dan kawasan setempat. – BERNAMA










