MELAKA – Sekeping gambar memaparkan tiga mangkuk cendol Raja Cendol Taming Sari di Bandar Hilir di sini berharga RM114 yang tular di laman sosial adalah disebabkan isi durian jenis Musang King digunakan di dalam menu tersebut. Pemilik kedai berkenaan, Muhammad Ariff Qayyum Mohd. Zamri, 25, berkata, harga itu adalah munasabah bagi mereka yang arif tentang jenis durian termasuk kualiti isi Musang King. Jelasnya, menu cendol Musing King itu dijual mengikut…










