Gaduh dalam kapal, 1 terbunuh, lebih 10 dihumban ke laut - Utusan Malaysia

Gaduh dalam kapal, 1 terbunuh, lebih 10 dihumban ke laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI 20 Feb. – Seorang nelayan warga Filipina terbunuh manakala lebih 10 lagi dihumban ke dalam laut dalam satu pergaduhan bersenjatakan pisau di dalam kapal nelayan Taiwan di Lautan Hindi.

Lapor AFP, pegawai Taiwan memberitahu, bertindak atas laporan, pasukan kecemasan hanya berjaya menyelamatkan empat kelasi yang dihumban, kira-kira 1,500 batu nautika di timur laut Mauritius.

Katanya, jumlah sebenar mereka yang dihumban ke dalam laut masih belum dikenal pasti setakat ini dan operasi pencarian masih dilakukan.

Pasukan penyelamat juga dilaporkan dihalang oleh krew yang memegang batang besi daripada menaiki kapal itu.

Berdasarkan maklumat awal, terdapat 21 krew yang terdiri daripada warga Filipina dan Indonesia berada dalam kapal Wen Peng itu ketika kejadian.

-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN