G3 sambut baik desakan Abdul Hadi - Utusan Malaysia

G3 sambut baik desakan Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Gagasan Tiga Malaysia (G3) menyambut baik desakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyiasat sumber dana diterima DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam pilihan raya umum lalu.

KUALA LUMPUR 5 Mei 2018 - Naib Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran
AMRAN

Timbalan Pengerusinya, Amran Ahmad Nor berkata, berdasarkan pengalamannya bersama DAP selama bertahun-tahun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mendapati parti itu telah berbelanja secara bermewah melebihi kemampuan terutama ketika musim pilihan raya umum.

“Corak perbelanjaan DAP ini terutama dalam publisiti media sosial yang besar dan belian kenderaan Trak Ubah dalam kempen seluruh negara tidak sepadan dengan keadaan parti itu yang hanya memerintah di Pulau Pinang dan Selangor sahaja sebelum PRU-14.

“Daripada penganjuran majlis makan malam mengumpul dana yang tidak terkawal dan dipercayai melibatkan belian meja oleh banyak syarikat sehinggalah penjualan barangan serta kutipan derma, semua urus niaga ini menimbulkan kecurigaan mengenai siapa penyumbang di sebaliknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Abdul Hadi menegaskan, Pas sentiasa bersedia dan terbuka untuk mendedahkan sumber dana mereka seandainya tindakan sama turut dijalankan badan bebas berkenaan terhadap mana-mana parti politik lain di negara ini.

Tambah Amran lagi, program-program mengumpul dana oleh DAP itu juga belum termasuk pembiayaan dan penyaluran dana membabitkan beberapa organisasi berkait dengan parti itu seperti REFSA dan Genta Media yang banyak digunakan untuk mengadakan program parti.

“Hari ini, G3 sangat risau jika DAP yang kini berkuasa menerajui banyak kementerian utama, perlu ‘membalas jaga’ para penyumbang menerusi pemberian kontrak dan perniagaan.

“DAP yang kini mempunyai 42 ahli Parlimen dan 108 ahli Dewan Undangan Negeri perlu terlebih dahulu bersikap telus dan berintegriti dengan menjelaskan kepada pihak berkuasa mengenai semua aspek perolehan dan perbelanjaannya sebelum menuduh parti seterunya mengenai hal tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN