Fowler menjuarai Terbuka Phoenix - Utusan Malaysia

Fowler menjuarai Terbuka Phoenix

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 4 Feb. – Rickie Fowler terselamat pada sembilan lubang terakhir, hari ini, apabila melakukan tiga atas par 74 pukulan untuk mengatasi Branden Grace seterusnya memenangi Kejohanan Golf Terbuka Phoenix.

Kejayaan tersebut merupakan gelaran Jelajah PGA Amerika Syarikat kelima buat pemain berusia 31 tahun dari Amerika Syarikat itu.

Fowler hilang kelebihan lima pukulan dalam saingan turun naik pada sembilan lubang terakhir dan menang dengan catatan tertinggi TPC Scottsdale.

Dia berjaya mengekalkan kelebihan selaku pendahulu dua kali sebelum ini, terma­suk tahun lalu, apabila menamatkan saingan terikat di kedudukan ke-11.

“Saya perlu bermain lebih baik. Ia bukan mudah. Saya gembira berjaya keluar daripada semua ini. Sudah lama tidak menang di sini,” kata­nya.

Catatan 17 bawah par menerusi 267 pukulan sudah cukup untuk dia memenangi kejohanan itu dengan kelebihan dua pukulan berbanding pemain Afrika Selatan, Grace yang mendahului pada awal permainan, tetapi, melakukan bogey pada lubang ke-17. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN